zufry.zoom-a.com
Laman Web Akukah Jutawan
E-mel : zufry@zoom-a.com
| Laman Utama | JDM5 | Madu Asli Kasih Sentiasa | Jurugambar Perkahwinan | Shout Box |

Perniagaan Yang Belum Diterokai

Setiap kejayaan tidak akan datang bergolek jika anda tidak berusaha untuk mencapainya..

Begitu juga dalam membina empayar dalam dunia perniagaan bukanlah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak dugaan dan rintangan yang perlu anda tempuhi.

Itulah sebabnya jika anda ingin menceburi dalam bidang perniagaan, bermulalah secara kecil-kecilan sambil menimba pengalaman. Baca buku-buku berkaitan perniagaan, atau buku panduan kewangan atau buku-buku percuma , rahsia kewangan yang boleh didapati di internet.

Berbekalkan keazaman, semangat jitu, tidak putus asa, ilmu dan menjadikan sesuatu kegagalan itu penyuntik kepada semangat untuk memperbaiki kelemahan diri demi menuju kejayaan.

Pembaca yang budiman,

Kebanyakan usahawan Bumiputera masa kini cenderung berniaga mengikut apa jua perniagaan yang telah diceburi oleh orang lain. Mereka langsung tidak mahu mencari inisiatif sendiri atau tidak mencuba sesuatu yang baru yang jarang dipelopori tetapi dikuasai oleh Usahawan bukan Bumiputera.

Sebagai contoh: Ramai yang membuka kedai menjual aksesori telefon. Tetapi tidak ramai yang membuka kedai menjual alat aksesori telefon khusus untuk wanita. (Niche)

Masyarakat kita pada hari ini terutama Usahawan Bumiputera walaupun telah memasuki zaman serba canggih, hanya segelintir yang berani mencuba perniagaan baru manakala majoritinya lebih ramai mengikut apa yang orang lain ceburi.

Ada sesetengah daripada kita yang masih ragu-ragu dan tidak mempunyai keyakinan dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru malah ada yang sering mengungkapkan persoalan “apakah perniagaan yang boleh diceburi yang kurang risikonya.”

Sebab itulah, kenapa ramai yang masih terpinga-pinga, menongkat dagu, menggaru kepala, menunggu bulan jatuh ke riba. Sudah tahu asyik membaca dan menimba ilmu, satu butir pun tiada langkah permulaan dilakukan..
Pembaca blog sekelian,

Sepatutnya soalan sebegini tidak wujud dalam diri anda dan seharusnya anda perlu berkata pada diri “jika ada orang lain boleh kenapa anda tidak boleh?”

Ingat…

Di negara kita sebuah negara yang aman. Terdapat pelbagai bentuk perniagaan yang boleh anda ceburi. Kita ambil contoh orang Cina yang bijak mencari peluang perniagaan. Mereka membawa masuk produk baru yang belum ada dalam pasaran Malaysia selain bertindak sebagai pemborong dan pembekal utama.

Di Internet ini, anda juga boleh melakukannya.. Ini kerana masih ramai lagi pengguna di Malaysia yang masih baru mengetahui faedah Teknologi Maklumat.

Oleh itu.. jangan lagi berasa sangsi dengan kemampuan anda. Fikirkan dan mulakan perniagaan. Teroka minda dan perniagaan baru di Malaysia.

Mungkin 10 tahun akan datang anda merupakan di antara pelopor perniagaan baru di internet. Tiada yang mustahil jika anda bersungguh-sungguh..

Sumber : http://pelamin.net/blog/?p=92

Type your content here


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: