|
||||||||||
Buat Persiapan Sebelum Masuk ke Bidang PerniagaanSemua sahabat saya yang dikasihi, Seseorang yang memiliki pengetahuan dalam pengajian perniagaan selalunya memberi kelebihan sekali gus membantu dirinya menyediakan persiapan sebelum menceburi perniagaan yang ingin dilakukan. Bagaimanapun, anda yang tidak memiliki kelulusan dalam bidang berkenaan, tidak bermakna anda tidak boleh berniaga. Seharusnya anda tidak perlu berasa rendah diri serta beranggapan bahawa anda tidak ada ruang untuk menjalankan perniagaan. Saudara sekelian, Jika anda berhasrat menceburi bidang perniagaan, buat lah persiapan khususnya dari segi pengetahuan, pengalaman dan mental. Anda perlu melengkapkan diri dengan semangat iltizam dan memberi tumpuan pada bidang perniagaan yang anda ingin lakukan. “Kalau anda mempunyai minat untuk berniaga walaupun tidak mempunyai pendidikan formal dalam pengajian perniagaan, jangan risau dengan keadaan ini sebaliknya anda mesti cari ilmu pengetahuan berkenaan dengan bidang perniagaan yang hendak anda ceburi” Fahami lah sahabatku, Proses mendapatkan ilmu pengetahuan merupakan satu proses yang berterusan dan mengambil masa yang agak panjang. Malah sepanjang masa anda kena belajar tentang dunia perniagaan yang mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Semua ini banyak bergantung kepada suasana dan iklim perniagaan yang ada termasuk kehendak pembeli atau pengguna mengikut cita rasa masing-masing. Begitu juga dalam persaingan dalam perniagaan. Kalau dulu masa mula-mula berniaga, anda tidak ada saingan tetapi lama-kelamaan persaingan semakin banyak. Semua ini akan menentukan cara mana anda menjalankan perniagaan. Sudah tentu kalau anda memiliki sedikit pembelajaran tentang pengajian perniagaan, perkara pokok yang semacam ini akan diajar kepada anda. Jadi, sekurang-kurangnya anda memiliki pengetahuan agar dapat berwaspada lebih daripada awal. Cuma dari segi penyelesaian masalah memerlukan lebih daripada membaca buku sahaja. Jadi pengalaman lebih penting berbanding teori.. Oleh itu persiapkan diri anda sepenuhnya sebelum anda melangkah ke dunia perniagaan… Semoga apa yang saya kongsikan bersama anda ini, menjadi panduan kepada diri saya dan sahabat-sahabat, bakal usahawan, anda juga… Sumber : http://pelamin.net/blog/?p=96 Type your content here
Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia
Pelawat: |