zufry.zoom-a.com
Laman Web Akukah Jutawan
E-mel : zufry@zoom-a.com
| Laman Utama | JDM5 | Madu Asli Kasih Sentiasa | Jurugambar Perkahwinan | Shout Box |

Perniagaan internet, bila nak mula kan?

"Saya memang dah lama teringin nak buat bisnes online ni! tapi masalahnya, saya tak tahu nak mula macam mana. Tak tahu nak jual apa! tak tahu nak buat website!... takde modal dan....bla.. bla... bla..."

Pernahkah ayat tersebut terlintas di fikiran anda? Saya pasti.. ramai yang mengalami situasi seperti di atas. Anda seronok melihat orang lain menjalankan perniagaan di internet.. mendengar orang itu.. orang ini.. mendapat wang berganda-ganda dengan mudah hasil perniagaan internet yang mereka jalankan. Tengok orang tu.. jadi jutawan dengan hanya jual peta secara online.. tengok orang nie.. dapat ribu-ribu dengan hanya duduk depan komputer.. waaaahh.. anda teruja.. teringin untuk melakukan perkara yang sama seperti mereka lakukan.

Melihat keadaan tersebut, anda pun mula mencari maklumat mengenai perniagaan internet. Beli buku, pergi seminar, surf internet, masuk forum, baca artikel, download ebook dan sebagainya... setelah berbulan-bulan membuat kajian dan mencari maklumat mengenai perniagaan internet... anda masih begitu sahaja... tidak juga lagi memulakan langkah anda. Anda tersangkut dengan situasi.. mencari.. mencari dan terus mencari. Mana satukah kaedah yang betul dan berkesan untuk memulakan perniagaan di internet. Namun begitu, ini adalah lebih baik jika ingin dibandingkan dengan situasi orang lain yang terburu-buru.

Ada sesetengah yang tidak sabar... terus sahaja menyertai mana-mana peluang atau program yang kononnya adalah merupakan perniagaan internet....asal ada sebut e-commerce saje, terus masuk, sebut internet biz.. terus masuk!, tanpa ada usul periksa terlebih dahulu.. kononnya, dengan menyertai perniagaan atau program tersebut.. anda tidak perlu bersusah payah.. hanya masukkkan duit.. dan tunggu beberapa hari atau minggu, anda akan menjadi kaya dengan sekelip mata. Atau pun, jadi ahli... tak perlu buat apa.. hanya cari orang.. anda akan menjadi kaya selepas 3 kali jumaat.

Seperti perniagaan konvensional, perniagaan di internet tidak jauh bezanya. Anda perlu mempunyai sedikit ilmu bagaimana untuk memulakannya, anda tidak boleh terburu-buru dan juga tidak boleh terlalu lama mencari kaedah atau langkah yang sempurna untuk memulakan perniagaan internet.

Tidak boleh terburu-buru kerana anda mungkin akan menjadi mangsa penipuan di internet. Tidak boleh terlalu lama juga kerana di takuti, akhirnya.. anda tidak akan membuat apa-apa pun langsung dan ini akan menjadikan keinginan anda pudar sedikit demi sedikit dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Oleh itu.. Berapa lamakah tempoh yang sesuai untuk saya belajar dan mengkaji tentang perniagaan internet sebelum memulakannya?... Saya tidak boleh memberikan jawapannya kepada anda. Ia bergantung kepada diri anda! Sepantas mana anda belajar sesuatu perkara yang baru dan sepantas mana anda memahaminya dan sejauh mana usaha anda. Semuanya terpulang pada anda. Namun begitu, mengikut pengalaman saya sendiri dan pengalaman rakan-rakan yang lain, anda sepatutnya sudah mampu untuk memulakan langkah pertama anda di dalam perniagaan internet selepas 6-8 bulan menelaah dan membuat kajian tentang bidang ini. Tetapi, jika setelah lebih dari 9 bulan dan anda masih termanggu-manggu dan belum memulakan apa-apa... mungkin anda perlu berhenti berfikir sekejap dan terus melakukannya berbekalkan ilmu yang anda sedia ada. Anda tidak perlu risau... anda boleh terus belajar di samping meneruskan langkah anda di dalam perniagaan internet ini.

Seperkara lagi yang anda perlu tahu dan faham apabila ingin menceburkan diri di dalam perniagaan internet. Buangkan jauh-jauh pemikiran kolot ingin "cepat kaya". Pemikiran ini sebenarnya bukanlah tertumpu pada perniagaan internet sahaja, malah, jika anda menjalankan perniagaan secara konvensional pun, pemikiran kolot seperti ini perlulah dibuang jauh-jauh.

Ada juga sesetengah orang, agak gementar untuk memulakan perniagaan internet. Workshop sudah pergi, produk sudah ada, pelan perniagaan pun sudah ada. Tetapi, masih tidak memulakanny perniagaan internet mereka. Bila ditanya "Mengapa masih belum memulakan perniagaan internet anda?" Jawapan yang diberikan... "Saya tidak tahu bagaimana nak mula." Pada saya, ini bukanlah disebabkan masalah tidak tahu bagaimana nak mula, tetapi, ia adalah lebih kepada masalah keyakinan diri. Jika anda mengalami situasi sebegini, saya nasihatkan anda agar.. "just do it". Anda sudah tahu membuat website, jadi buatlah, tidak mengapalah jika website anda kurang menarik. Itu adalah sesuatu yang normal untuk "pertama kali". Perkara itu anda boleh perbaiki dari masa ke semasa. Percayalah, sekali anda melangkah.. langkah eterusnya akan menjadi lebih mudah.

Akhir kata, jangan terlalu lama berfikir, kelak anda akan ketinggalan. Jangan terlalu terburu-buru kelak anda akan tersungkur. Buangkan pemikiran kolot ingin cepat kaya kerana ia boleh menyesatkan anda. Mulakan langkah dengan yakin, insyallah anda akan menemui jalan kepuncak kejayaan.

Sekian, Salam cyber dari saya dan selamat maju jaya. Wassalam.

Sumber : Mohd Suhaimy a.k.a shuth
Internet Entrepenuer
www.mohdsuhaimy.com
www.wangcyber.com

Type your content here


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: